Ways to save hearing aid batteries:
Cara-cara untuk menjimat bateri alat bantu dengar:
1. Do not peel off the tab from a new battery whenever it is not needed.
Jangan tanggalkan pelapis bateri sekiranya bateri tersebut tidak digunakan.
Selepas pelapis bateri ditanggalkan, sila tunggu lebih kurang 1 minit sebelum ruangan bateri ditutupkan supaya udara yang mencukupi boleh mengaktifkan Zinc-air bateri dengan maksima.
Bukakan pintu bateri semasa alat bantu mendengar tidak digunakan.
Keringkan bateri yang basah disebabkan oleh peluh atau hujan.
Memastikan ruangan dan sentuhan bateri bersih dan kering. Anda boleh menggunakan swab kapas untuk mengeringkannya atau dehumidifier untuk menyerap kelembapan dari bahagian dalam alat bantu mendengar. Pastikan bateri dikeluarkan sebelum alat bantu dengar dimasukkan ke dalam dehumidifer supaya ia tidak turut dikeringkan, justeru memendekkan hayatnya.
Simpan bateri pada suhu bilik. Suhu yang terlalu tinggi atau rendah boleh memendekkan jangka hayat bateri. Oleh sebab itu, jangan simpan bateri di dalam peti sejuk atau pun kereta yang panas.
Elakkan menyimpan bateri bersama dengan objek logam dan syiling di dalam poket atau dompet. Hal ini kerana objek tersebut boleh menyebabkan bateri alat bantu mendengar berlaku litar pintas.