Anugerah dan Pengiktirafan

[rev_slider_vc alias=”awards-recognitions”]
Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001: 2008

Kami komited untuk menyediakan ujian pendengaran diagnostik dan perundingan berkenaan masalah pendengaran serta habilitasi / rehabilitasi kepada semua pelanggan yang memerlukan dengan memenuhi keperluan dan harapan mereka sepanjang masa.

Kami akan memastikan Sistem Pengurusan Kualiti ISO9001: 2008, mematuhi Peraturan 26: Peralatan Pengukuran Audiometrik, Kilang & Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) Peraturan 1989 di bawah Akta Kilang dan Jentera 1967. Kami juga akan memastikan ianya disampaikan dan difahami dalam Gnosis Hearing, dilaksanakan secara berkesan melalui jumlah penyertaan daripada kakitangan kami yang kompeten dari semua peringkat dan inisiatif penambahbaikan yang berterusan.Kami akan menentukan kesesuaian Polisi Kualiti berterusan dari semasa ke semasa.

Anugerah Kecemerlangan Top Asia Pasifik 2013

Gnosis Hearing telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Jenama TOP Asia Pasifik pada tahun 2013. Acara yang menakjubkan ini telah diadakan di Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2013.

Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew 2013 & 2014

Gnosis Hearing telah dianugerahkan dengan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Produk dan Kualiti Servis pada tahun 2013 dan dalam kategori Anugerah Kecemerlangan Runcit pada tahun 2014. Acara yang menakjubkan ini telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2013 dan majlis yang berikutnya telah diadakan di Pusat Konvensyen Setia City, Kuala Lumpur pada 26 September 2014.